Najib dah letih dengan pilihanraya. Beliau mengatakan bukan masa untuk berpolitik. Sekarang kena beri tumpuan kepada ekonomi yang semakin susut.Persoalannya: Adakah baru sekarang beliau memikirkan tentang ekonomi negara kerana selama ini merekalah (Umn0/Be End) yang banyak berpolitik. Merampas kuasa dengan tidak bermoral dan tidak bermaruah. Apakah dengan kenyataan beliau itu, SPR akan menjadi lembu tunggangan Be End demi mengekalkan kuasa. Apakah SPR akan mengumumkan bahawa tiada pilihanraya kecil di Dun Penanti kerana perletakan jawatan tidak Sah.
